Memilih Tukang Cat: 4 Perkara Anda Wajib Tahu

Mengecat adalah salah satu kerja yang boleh dilakukan sendiri oleh pemilik rumah dan boleh dilakukan dengan baik dan kemas. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang membuatkan anda ingin mengupah atau memilih tukang cat untuk mengecat rumah anda.

Perlukah anda terus memilih tukang cat profesional ?

Terdapat beberapa situasi di mana anda boleh kenal pasti untuk mengupah tukang cat profesional. Contohnya, dinding anda sangat luas untuk anda cat sendiri ataupun anda nak kerja mengecat dinding anda kelihatan berkualiti tinggi, atau anda tidak mempunyai masa untuk melakukan kerja dengan cepat.

“Kontraktor pengecat profesional boleh siap dalam masa dua atau tiga hari disebabkan oleh pengalaman yang banyak, peralatan yang mencukupi dan tanggungjawab mereka sebagai tukang cat profesional.

Berapa banyak kos untuk upah cat dalam rumah?

Kos untuk cat dalaman rumah apabila anda mengambil servis mengecat akan berbeza bergantung kepada tempat tinggal anda dan saiz untuk setiap bilik.

Kos mengecat dalaman biasanya bergantung kepada keadaan dinding untuk satu meter persegi. Jadi, untuk mendapat anggaran berapa banyak cat yang anda perlukan, kira luas dinding anda dan tanya berapa yang tukang cat caj untuk satu meter persegi.

4 Langkah Mudah Untuk Anda Buat Bila Memilih Pengecat Rumah Profesional

  1. Buat Sedikit Kajian

Buat sedikit carian dan penyelidikan mudah terhadap bakal pengecat rumah anda. Lihat pada review, hasil kerja dan testimoni. Kami cadangkan untuk anda bertanya pada kawan-kawan, keluarga atau jiran-jiran tentang tukang cat yang mereka pernah upah. 

 Ataupun anda boleh juga bertanya kepada jaringan pengecat profesional Bina Paint dengan cawangan Bina Paint berdekatan anda. Anda boleh singgah atau hubungi mereka untuk mendapatkan nasihat.

Sekiranya tukang cat profesional tersebut mempunyai website, lihat kepada hasil kerja mereka. Sekiranya tak ada, jangan malu untuk meminta hasil kerja untuk anda lihat sendiri hasil kerja mereka. Sekiranya mereka melakukan kerja yang terbaik, mereka tidak teragak-agak untuk menunjukkan kepada anda.

  1. Jadualkan sesi konsultasi

Di antara kualiti yang anda mahukan bila anda ingin mengupah tukang cat adalah sikap mereka yang profesional, sopan santun dan berpakaian sesuai. Di samping penampilan yang baik, personaliti juga memainkan peranan.

Tukang ini akan berada di dalam rumah anda untuk beberapa ketika dan anda mahukan keluarga anda mempunyai hubungan yang baik dengan tukang cat profesional yang anda akan pilih.

Apabila anda menceritakan apa yang anda mahukan kepada tukang cat profesional, pastikan anda mempunyai lebih daripada satu pilihan. Untuk kerja mengecat, terdapat beberapa jenis kemasan cat dan teknik mengecat yang anda boleh pilih. Paling kurang, minta dua cadangan daripada mereka. Minta mereka jelaskan apa kemasan yang mereka akan gunakan dan apa teknik mengecat yang mereka akan gunakan.

  1. Dapatkan quotation

Soalan yang semua orang akan tanya: Berapa kos untuk mengecat rumah? Harga kerja mengecat berbeza bergantung kepada keadaan. Harga untuk mengecat sebuah bilik dengan mengecat satu tingkat atau mengecat bahagian luaran semuanya berbeza.

Minta quotation daripada kontraktor anda dan kebiasaannya quotation adalah PERCUMA.

Kaedah biasa yang digunakan adalah mengecat berdasarkan kerja. Contohnya, mengecat satu bilik untuk saiz tertentu mempunyai harga yang tertentu. Biasanya, tukang cat akan datang untuk sesi konsultasi dan memberikan harga upah untuk kerja mengecat rumah anda.

Sekiranya anda mempunyai keraguan dengan harga yang diberikan, jangan takut untuk bertanya. Tukang cat profesional sangat profesional dan akan menjelaskan kepada anda pecahan kos kerja mereka.

Di antara kos yang terlibat adalah kerja melicinkan permukaan, penyediaan permukaan, kerja-kerja primer, pembersihan dan mungkin juga upah untuk mengalihkan perabut dan menutup perabut anda dengan plastik atau kanvas untuk mengelakkan cat terkena perabut anda. Semua ini adalah sebahagian daripada kos yang terlibat dalam kerja-kerja mengecat.

Tips Jimat Duit: Tanya kepada tukang cat profesional apa yang anda boleh buat untuk melancarkan kerja mereka: Alihkan perabut daripada dinding dan tutup dengan plastik @ kanvas dapat menjimatkan kos. Salah satu cara lagi? Gunakan cat premium yang berkualiti daripada Bina Paint supaya cat anda tahan lebih lama, berikan penjimatan kepada anda daripada mengecat semula rumah anda.

  1. Dapatkan kontrak bertulis

Setelah anda bersetuju dengan harga yang diberi, minta kontrak bertulis. Kontrak bertulis mestilah mempunyai ciri-ciri ini:

  • Kaedah penyediaan permukaan
  • Produk cat apa yang digunakan
  • Berapa lapisan cat yang akan dibuat
  • Tempoh kerja dan kaedah pembayaran

+ Tips Bonus: Kenapa kerja penyediaan permukaan sangat penting

Sekiranya dinding anda mempunyai kerosakan yang teruk seperti mempunyai kulat yang teruk, atau keadaan dinding yang sentiasa lembab. Penggunaan cat premium macam mana pun tidak akan mampu untuk menyelesaikan dan menutup masalah pada dinding anda. Jadi, anda sepatutnya merawat dinding anda dengan kaedah-kaedah yang sesuai yang disyorkan oleh kontraktor anda.

Nak Dapatkan Khidmat Mengecat Profesional Dari Bina Paint?

Dapatkan konsultasi PERCUMA untuk mengecat kediaman anda bersama konsultan dari Bina Paint. Tukang cat profesional Bina Paint mempunyai pengalaman mengecat pelbagai jenis bangunan dan keadaan dinding.

Bukan sahaja anda akan dapat kerja mengecat profesional, mereka akan memastikan kerja mengecat yang dijalankan menepati standard kualiti dan tidak mendatangkan masalah pada masa hadapan. Untuk maklumat lanjut, klik butang di bawah:

Leave a Reply

Konsultasi Mengecat PERCUMA