Cat bukan sahaja berfungsi untuk mencantikkan dinding anda, malah cat juga berfungsi untuk melindungi dinding anda daripada kerosakan dan daripada cuaca yang melampau. Disebabkan itu juga, kerosakan cat akan rosak sedikit demi sedikit.
5 jenis kerosakan cat yang sering berlaku kepada dinding anda
1. Cat Menggelembung
Masalah cat menggelembung ini biasanya berlaku setelah beberapa lama anda mengecat. Kerosakan ini disebabkan oleh terdapat udara atau air yang terperangkap di antara permukaaan dinding dan cat
Punca
- Air dalam dinding yang nak keluar dari dinding tapi dihalang oleh cat
- Sapu cat dalam keadaan dinding masih basah
- Penyediaan permukaan yang tidak sempurna
Langkah Pencegahan
- Elakkan cat dalam cuaca / keadaan lembab
- Pastikan permukaan dinding mesti kering
Penyelesaian
- Scrap / buang semula cat yang menggelembung.
- Cat menggunakan cat acrylic yang berkualiti
- Sekiranya dinding bermasalah, buat kerja-kerja waterproofing terlebih dahulu
2. Cat Terkopek
Cat terkopek merupakan salah satu kerosakan cat. Ia disebabkan oleh daya lekatan di antara cat dan permukaan dinding sudah lemah atau tidak ada
Punca
- Menggunakan cat yang tidak berkualiti
- Terlebih campur air / Sapu cat sampai jadi terlalu nipis
- Penyediaan permukaan yang tidak sempurna
- Tidak letak Primer / sealer
Langkah Pencegahan
- Elakkan cat dalam cuaca / keadaan lembab
- Pastikan permukaan dinding mesti bersih dan kering
- Jangan campur air banyak sangat. Kalau boleh, jangan campur air melainkan susah sangat nak sapu
Penyelesaian
- Scrap / buang semula cat yang menggelupas menggunakan dawai besi atau scraper atau kertas pasir.
- Cat menggunakan cat acrylic yang berkualiti
- Gunakan sealer/primer sebelum mengecat
3. Berkapur
Keadaan cat berkapur berlaku apabila cat yang mengering tidak membentuk lapisan cat, tetapi ia menjadi kapur. Apabila anda pegang pada permukaan yang anda telah cat, debu-debu daripada cat akan melekat pada tangan anda.
Punca
- Menggunakan cat yang tidak berkualiti
- Terlebih campur air / Sapu cat sampai jadi terlalu nipis
- Menggukan cat untuk dalaman di bahagian luar
- Tidak letak Primer / sealer
Langkah Pencegahan
- Gunakan cat yang lebih berkualiti
- Pastikan permukaan dinding mesti bersih dan kering
- Jangan campur air banyak sangat. Kalau boleh, jangan campur air melainkan susah sangat nak sapu
Penyelesaian
- Bersihkan kawasan yang berkapur dengan berus atau gunakan waterjet
- Cat menggunakan cat acrylic yang berkualiti
- Gunakan sealer/primer sebelum mengecat
4. Cat Keluar Putih-Putih (Efflorescence)
Efflorescence adalah keadaan kerosakan cat yang mana cat keluar warna putih di atas permukaan dinding. Ia berlaku disebabkan oleh air yang berada di dalam dinding yang bertemu dengan kapur dan pasir di dalam dinding konkrit. Lama-kelamaan ia akan mencari jalan keluar ke permukaan dinding dan akan menyebabkan warna putih keluar pada permukaan dinding.
Punca
- Keadaan dinding yang lembab
- Menggunakan cat yang tidak berkualiti
- Terlebih campur air / Sapu cat sampai jadi terlalu nipis
- Menggukan cat untuk dalaman di bahagian luar
- Tidak letak Primer / sealer
Langkah Pencegahan
- Periksa kadar kelembapan dinding menggunakan protimeter sebelum mula kerja mengecat. Pastikan bacaan menunjukkan bacaan hijau.
- Gunakan cat yang lebih berkualiti
- Pastikan permukaan dinding mesti bersih dan kering
- Jangan campur air banyak sangat. Kalau boleh, jangan campur air melainkan susah sangat nak sapu
Penyelesaian
- Bersihkan kawasan yang berkapur dengan berus atau gunakan waterjet
- Cat menggunakan cat acrylic yang berkualiti
- Gunakan sealer/primer sebelum mengecat
5. Dinding Berkulat
Permukaan dinding berkulat adalah masalah utama yang biasa berlaku di rumah-rumah.
Kebiasaannya kejadian ini berlaku pada dinding yang disebaliknya ada bilik air, dapur atau kawasan yang terdedah kepada air.
Punca
- Kandungan air terlalu banyak di dalam dinding
- Cat disapu terus di atas dinding yang berkulat
- Penggunaan cat yang tidak berkualiti
- Penyediaan permukaan yang tidak betul
Langkah Pencegahan
- Pastikan permukaan dinding mesti bersih dan kering
- Check sekiranya ada kebocoran dan punca air yang boleh buat air masuk dalam dinding
Penyelesaian
- Gunakan fungicidal wash. Chemical anti kulat untuk bunuh kulat. Sapu. Basuh dan biar dinding sampai kering
- Sapu sealer
- Tutup semua punca air
Mengecat Dinding Anda
Sebelum anda mengecat, anda wajib untuk memeriksa keadaan dinding anda sebelum mengecat. Sekiranya anda mempunyai masalah-masalah yang disebut di atas, anda wajib untuk merawat dahulu keadaaan dinding. Sekiranya kerja waterproofing wajib dilakukan, anda wajib melakukannya. Kalau tidak, masalah yang sama akan berulang.
Untuk tips mengecat ruang, boleh rujuk posting kami di sini – Mengecat Semula Dinding : 6 Perkara Anda Wajib Buat