Terdapat banyak sebab untuk anda mengecat semula dinding anda. Sama ada anda mahu menutup kecacatan pada ruang anda atau ingin menyembunyikan contengan anak-anak anda di rumah anda, ataupun anda ingin mengecat semula untuk memberikan nafas baru kepada ruang anda. Salah satu cara untuk memberikan mood baru kepada ruang anda tanpa mengeluarkan kos yang banyak seperti membeli perabut baru atau kelengkapan rumah yang lain adalah dengan mengecat ruang anda.
Apabila bercerita tentang mengecat semula, ramai orang akan merasakan ini adalah kerja yang mudah. Mengecat. Siap.
Tetapi
Terdapat beberapa panduan yang kami akan berikan supaya anda tidak tersalah langkah dalam mengecat. Sebelum anda mengecat semula dinding anda, jom baca cara-cara sebenar untuk mengecat semula dinding rumah anda.
Jom ikuti langkah – langkah ini
6 Perkara Anda Perlu Lakukan Sebelum Mengecat Semula Dinding Anda
1. Tentukan berapa banyak cat nak guna

Sebelum anda mengecat, tentukan dahulu berapa banyak atau luas kawasan yang anda akan cat. Sekiranya hanya sedikit, anda boleh sapu sahaja untuk bahagian yang sedikit tersebut. Sekiranya kawasan untuk ditutup dengan cat besar, seeloknya cat terus satu dinding.
Untuk mengira berapa banyak cat nak guna, kiraan asas untuk mengecat adalah 1L boleh meliputi 10 meter persegi untuk satu lapis cat. Jadi, anda boleh kira dahulu luas dinding anda sebelum membeli cat.
2. Bersihkan permukaan

Sebelum mengecat, pastikan dinding anda bebas dari habuk dengan mengelap dinding anda dengan kain basah. Sekiranya banyak sawang dan habuk pastikan kawasan anda ingin mengecat bebas habuk.
Mengecat di atas permukaan yang berhabuk dan kotor akan mengurangkan daya lekatan cat pada dinding. Bayangkan anda melekatkan tape pada dinding yang penuh dengan debu dan habuk. Semestinya tape anda tidak akan melekat dengan lama. Tahu – tahu sudah tertanggal. Begitu juga demikiannya dengan cat.
3. Licinkan permukaan
Sekiranya dinding anda mempunyai permukaan kasar atau bonjolan, gunakan kertas pasir ke atas permukaan tersebut untuk melicinkan permukaan dinding.
Dinding yang mempunyai benjolan setelah di cat akan menonjolkan lagi bentuk benjolan pada dinding.
4. Primer

Primer adalah lapisan asas sebelum anda letakkan cat pada dinding. Ramai orang yang keliru dengan perbezaan cat dan primer. Ramai juga yang bertanya adakah perlu gunakan sealer. Kami ada ulas di posting kami yang lain di sini.
Tetapi, pada asasnya. Primer adalah lapisan asas dan untuk setiap permukaan, primer dinamakan dengan nama-nama berikut:
- Sealer – Untuk permukaan konkrit
- Primer – Untuk permukaan besi
- Undercoat – Untuk besi dan kayu
Untuk kerja mengecat dinding semula, sekiranya keadaan dinding anda masih elok, anda tidak perlu untuk menggunakan sealer. Tetapi, jika warna dinding anda gelap dan anda nak tukar kepada warna yang lebih cerah, anda perlu menggunakan sealer
5. Cat Semula Dinding Anda

Sekarang, tiba masa untuk anda mula mengecat rumah anda. Pastikan anda sudah melakukan semua langkah – langkah di atas supaya apabila anda mengecat nanti, kerja mengecat semula dinding anda menjadi lancar dan sempurna.
Anda mengecat supaya ruang anda cantik dan tahan lama bukan?
Jika anda membeli cat lebih daripada satu tin di kedai hardware, anda perlu ketahui yang cat yang dibancuh daripada mesin tidak akan menjadi sama 100%.
Untuk mengelakkan perbezaan warna nampak ketara, anda boleh lakukan kaedah – kaedah ini
- Gunakan satu tin di satu bahagian dinding dan tin cat yang lain di bahagian dinding yang lain. Sekiranya dua-dua dicat secara bersebelahan, perbezaan warna akan kelihatan lebih ketara.
- Campur kedua-dua cat ke dalam satu bekas yang sama untuk menyeragamkan warna cat.
6. Biarkan ia kering
Anda semestinya akan melihat kesannya yang cantik, tetapi anda seharusnya membiarkan cat anda untuk kering dahulu.
Kebiasaannya, cat akan kering dalam masa 2 jam. Sekiranya anda ingin membuat lapisan kedua, pastikan lapisan pertama anda sudah kering sepenuhnya supaya cat lapisan pertama tidak tertarik sekali apabila anda mengecat.
Mengecat menggunakan Bina Paint

Bina Paint adalah pengeluar cat dan bahan kimia binaan yang mengeluarkan pelbagai jenis cat dari cat luaran ke cat dalaman dan juga untuk industri.
Di antara cat yang dikeluarkan oleh Bina Paint adalah:
- Bina Ultrashield – Cat Luaran
- Bina Vinyl Sheen – Cat dalaman (Kemasan Berkilat dan Boleh Cuci)
- Bina Supercoat – Cat dalaman (Kemasan Matte dan Boleh Cuci)
- Bina Maxicoat – Cat dalaman (Kemasan Matte dan Lembut)
- Bina Maxicoat Lite – Cat dalaman (Kemasan Matte dan Ekonomi)
Transformasikan rumah anda dengan Bina Paint
Dapatkan cat Bina Paint di pengedar terdekat kami atau dapatkan di online store kami dan follow kami di Facebook Page kami
Nak Tahu Cara Mengecat Yang Betul?
Dapatkan checklist mengecat secara DIY untuk mengetahui apa yang patut anda lakukan

Masukkan nama dan email anda untuk mendapatkan checklist ini
This Post Has 23 Comments
kalau dinding bilik saya warna kuning cair dan saya nak cat kepada kelabu cair .. kena pakai sealer ke ?
seeloknya sealer dulu
Good to learn from here.
Hi admin. Dinding bilik saya, cat dia dah macam terkopek. Kalau saya dah kikis, seeloknya guna sealer ataupun tak?
Hi admin. Dinding bilik saya, cat dia dah macam terkopek. Kalau saya dah kikis, seeloknya guna sealer ataupun tak?
Boleh saya dapatkan checklist untuk cat rumah DIY. Terima kasih.
Dinding saya basah.. Meresap. Cat meresap air jadi kembang cat. Ketara musim hujan
Salam tuan, dinding saya keadaan & cat lma masih elok ( cream light ) sy nk tukar kpda 2 colour, putih & light brown . Perlu guna sealer ke utk dua2 bhgian colour tuh? Tq
Nk checklist
kalau rumah saya warna hitam then nak tukar ke warna hijau.. perlu sealer sahaja sudah cukup ke?
Hai..klu nk guna sealer..perlu kikis cat yang lama ke?
kalau asal cat kapur apa perlu buat sebelum cat semula dgn cat jenis lain..
Salam sejahtera…
Sy nak bertanya. Cat dinding di ruang tamu rumah sy sekarang bewarna hijau. setelah lebih 10 tahun, sy ingin mengecat semula dengan warna yang sama. Perlukah saya mengecat lapisan cat putih terlebih dahulu sebelum mengecat warna hijau. Mohon pencerahan.
nak tanya dinding bilik saya batu, dinding bilik saya di cat guna cat oil-based (cat besi dan kayu), sekarang saya nak cat bilik saya dengan cat batu, sebelum tu kena guna apa2 cat ke?
nanti after cat batu, mungkin akan lekang catnya.
Kalau nk tukar cat dinding warna pink ke cat pish?
Kalau dinding lama sblm ni guna oily paint.. Blh ke kita cat baru guna cat air?
kalau bilik dah warna putih but ada bekas bekas content water colour warna lain then nak cat balik wrna putih perlu letak primer dulu ke ?
kalau cat warna yang sama tak perlu sealer kan?
Apa beza cat kapur dan yg bukan kapur
Kalau cat lama coklat terang nak cat semula kepada coklat yang lebih gelap perlu sealer juga ke?
Nak cat dinding simen lama guna undercoat ok ke?atau nak sealer jugak?
Rumah saya warna orannge/jingga,saya nak tukar kepada biru terkos kena endercoat ke ? Rumah dinding papan.
saya baru dpt kunci rumah. perlu ke saya cat balik terus. ataupun tunggu je dulu?