Walaupun anda telah memilih warna yang sesuai untuk ruang anda, salah satu perkara penting untuk anda buat adalah untuk memilih kemasan cat yang anda akan gunakan. Terdapat 5 – 6 jenis kemasan yang ada dan setiap kemasan membawa kepada mood dan persekitaran yang berbeza walaupun hanya dengan satu warna. Cara yang terbaik adalah dengan anda mengenali kegunaan dan kelebihan kemasan mana yang sesuai untuk ruangan anda.
Faktor yang mempengaruhi kemasan cat:
Kekilatan cat ditentukan oleh nisbah campuran kimia di dalam cat. Cat yang mempunyai kemasan yang lebih berkilat mempunyai nisbah resin yang tinggi berbanding serbuk dan pigmen yang lain. Cat yang mempunyai kemasan matte (tidak berkilat) mempunyai nisbah pigmen dan serbuk yang lebih tinggi berbanding resin.
Ini menjelaskan bahawa cat yang lebih berkilat memerlukan 2-4 lapisan untuk menutup permukaan di belakangnya berbanding cat yang mempunyai kemasan matte yang kadang-kadang perlukan 1- 2 lapisan sahaja.
Sebagai pengguna biasa, anda rasakan yang cat mempunyai kemasan yang berkilat atau tidak berkilat, tetapi kalau mengikut standard industri. Terdapat standard yang tertentu yang menentukan tahap kekilatan cat.
Semua jenis kemasan cat terdapat pada cat berasaskan air atau cat berasaskan minyak (alkyd). Untuk kebanyakan orang, mereka lebih suka memilih cat yang berasaskan air disebabkan oleh sifatnya yang mudah untuk kerja-kerja mencuci setelah kerja mengecat selesai selain baunya yang lebih baik daripada cat yang berasaskan minyak.
Jenis kemasan cat
Setiap kemasan cat mempunyai kelebihan dan kegunaannya yang tersendiri.
- Flat (Matte)

Flat enamel (matte) adalah cat yang mempunyai kemasan yang rata, lembut dan matte. Kelebihannya adalah ia akan menutup segala kecacatan pada dinding disebabkan oleh teksturnya yang lembut setelah cat menjadi kering. Ia sesuai digunakan di kawasan yang tidak ramai orang lalu seperti bilik tidur.
Tempat yang sesuai : Bilik tidur dewasa yang tidak akan diconteng oleh kanak-kanak.
Ketahanan : Sederhana – Rendah
- Eggshell

Kalau anda boleh bayangkan pantulan cahaya yang ada pada kulit telur, anda sendiri boleh tahu bagaimana kemasan eggshell ini. Dengan mempunyai pantulan cahaya yang sangat sedikit, ia sangat sesuai untuk kebanyakan dinding disebabkan sifatnya yang boleh dicuci dan boleh menutup kecacatan dengan lebih baik.
Tempat yang sesuai : Tempat makan, bilik tidur, ruang tamu
Ketahanan : Sederhana
- Satin
Kemasan ini merupakan kemasan yang lembut, licin dan menampakkan kemewahan pada dinding dengan pantulan cahayanya yang lembut. Cat jenis ini sering digunakan di kawasan yang mempunyai pergerakan ramai orang seperti ruang tamu, bilik kanak-kanak, dapur dan bilik air. Kemasan jenis ini sangat sesuai untuk keadaan yang memerlukan anda mengelap kesan kotoran pada dinding atau contengan anak-anak anda. Nota: contengan pensil warna dan krayon sahaja yang boleh dicuci.
Tempat yang sesuai : Ruang tamu, ruang keluarga, bilik kanak-kanak
Ketahanan : Tinggi
- Gloss
Kemasan gloss adalah kemasan yang banyak memantulkan cahaya. Ia biasanya digunakan pada permukaan besi dan kayu. Untuk mengecat menggunakan kemasan ini, anda perlu mengambil perhatian yang lebih kepada penyediaan permukaan. Sedikit sahaja kecacatan pada permukaan, akan terserlah kecacatan pada kemasan anda.
Tempat yang sesuai: kayu, frame pintu, pintu, frame tingkap
Ketahanan: Tinggi
Faktor yang anda perlu pertimbangkan sebelum memilih jenis cat
- Mudah untuk dicuci dan ketahanan:
Kebanyakan kemasan cat yang dihasilkan oleh pengilang mempunyai kemasan yang boleh dicuci kecuali beberapa jenis yang disebut tadi. Secara amnya, lagi berkilat cat lagi mudah cat boleh dicuci.
- Kemasan yang mesra kanak-kanak
Bila mengecat bilik kanak-kanak, anda disyorkan untuk mengecat menggunakan kemasan eggshell atau kemasan satin pada dinding. Kemasan ini dibuat khas untuk keadaan yang memerlukan dinding anda dicuci banyak kali.
- Kawasan lalu lalang
Kawasan yang mempunyai ramai orang lalu lalang mempunyai kecenderungan untuk mudah kotor akibat kesan hitam dan habuk. Untuk kawasan yang mempunyai ramai orang yang lalu lalang seperti ruang tamu, kemasan yang sesuai adalah kemasan jenis eggshell dan satin
- Mahukan ruang nampak mewah
Untuk ruang yang nampak lebih mewah, anda digalakkan untuk menggunakan kemasan satin yang mempunyai pantulan cahaya yang lembut. Kemasan ini banyak digunakan di ruang tamu dan mempunyai vibes seperti di hotel.
- Pendedahan kepada air
Ruang yang lebih banyak terdedah kepada air disarankan untuk mengecat menggunakan kemasan yang mepunyai kilat yang lebih tinggi seperti gloss finish atau satin finish.
Transformasikan ruang anda dengan kemasan akhir dari Bina Paint
Flat / Matte Finish

Gunakan cat yang mempunyai kemasan matte daripada Bina Paint iaitu Bina Maxicoat dan Bina Maxicoat Lite. Kedua-dua gred cat ini sangat sesuai untuk menutup kecacatan pada dinding disebakan oleh teksturnya yang lembut dan halus. Dengan tiada penambahan plumbum dan merkuri, cat ini selamat digunakan oleh anda disamping menjaga kualiti udara di rumah anda untuk kesihatan anak dan keluarga anda
Matte Finish – Washable

Bina Supercoat adalah cat yang mempunyai kemasan matte dan boleh dicuci. Cat ini mempunyai ketahanan yang sederhana untuk membolehkannya ia boleh dilap untuk menghilangkan kesan kotoran dan contengan pada dinding.
Kemasan ini juga sangat sesuai untuk menutup kecacatan pada dinding disebabkan oleh kemasannya yang lembut dan halus. Dengan tiada penambahan plumbum dan merkuri, bukan sahaja ianya mencantikkan ruang anda tetapi ia meningkatkan kualiti udara anda untuk menjaga kesihatan keluarga anda
Bina Supercoat sangat sesuai digunakan pada ruang yang mempunyai penggunaan yang sederhana seperti ruang tamu, ruang makan dan bilik tidur.
Untuk maklumat lanjut mengenai Bina Supercoat anda boleh lihat di sini
Satin Finish

Bina Vinyl Sheen adalah cat yang mempunyai kemasan satin yang apabila kering, akan mempunyai kemasan yang kelihatan mewah disebabkan oleh pantulan cahaya yang lembut.
Di samping itu, Bina Vinyl Sheen adalah kemasan yang boleh dilap sekiranya terdapat kotoran atau contengan pada dinding.
Dengan tiada penambahan plumbum dan merkuri, Bina Vinyl Sheen sangat sesuai untuk keluarga yang mahu meningkatkan kualiti udara di dalam rumah mereka.
Untuk maklumat lanjut mengenai Bina Vinyl Sheen anda boleh lihat di sini
Untuk mendapat maklumat dan info lanjut boleh kunjungi Facebook Page Bina Paint
Untuk mendapatkan cat pilihan anda, anda boleh cari dealer terdekat atau beli online