6 Langkah Bagaimana Untuk Mengecat Ruang Anda

Mengecat ruang merupakan salah satu cara untuk memberikan nafas baru kepada ruang anda tanpa mengeluarkan kos yang banyak seperti menukar perabut dan menambah aksesori dalaman. Dengan mengecat semula dinding anda, ia dapat menampakkan ruang yang sempit menjadi lebih luas dan berseri manakala untuk ruang besar, cat yang baru dapat menampakkan ruang anda lebih selesa untuk diduduki.

Panduan ini menerangkan bagaimana untuk anda mengecat dinding ruang anda langkah demi langkah supaya cat anda lebih tahan lama dan nampak seperti dicat oleh pengecat profesional walaupun anda mengecat sendiri secara DIY atau bersama keluarga anda.

1. Persediaan untuk mengecat ruang anda

Untuk kerja mengecat yang sempurna, ia bermula dengan persediaan yang rapi. 80% daripada kejayaan kerja mengecat anda adalah dengan membuat kerja-kerja persediaan.

[gambar]

  • Mulakan dengan mengalihkan atau menutup semua perabut yang anda risau akan terkena cat. Alihkan perabut ke tengah bilik dan tutup perabut-perabut tersebut dengan kain.
  • Periksa dinding anda jika terdapat keretakan, cat terkopek, lubang, kekotoran atau apa-apa kecacatan.
  • Pakai pakaian yang anda rasa anda boleh kotorkan.
  • Pastikan anda mempunyai peralatan yang lengkap untuk mengecat.
  • Setiap kali anda mengecat bahagian dalalam rumah, pastikan anda ada pengudaraan yang baik

2. Sediakan permukaan dinding

Mengecat ruang - Sediakan permukaan
  • Buang semua bahagian cat yang terkopek menggunakan pengikis. 
  • Tampal lubang dan keretakan menggunakan filler.
  • Bersihkan dinding daripada minyak,debu dan habuk. Gunakan kain lembab untuk menghilangkan kesan kotoran dan minyak.

3. Tutup bahagian yang anda tidak mahu kena cat dengan tape

Sumber: Home Depot

Langkah seterusnya untuk kerja mengecat anda adalah dengan menutup bahagian yang anda tidak mahu terkena cat seperti frame pintu, frame tingkap, kotak suis, dan kayu di bahagian bawah dinding anda.

Sentiasa tekankan tape anda ke bawah dan rapatkan pada dinding untuk mengelakkan cat masuk ke bawah tape apabila anda mengecat nanti.

4. Gunakan sealer

mengecat ruang - primer
Sumber: Home depot

Gunakan sealer sebelum anda mengecat dinding ruang anda. Sealer sangat penting untuk mengecat dinding baru dan juga untuk mengecat dari warna gelap kepada warna cerah. 

  • Pertama sekali, gunakan berus untuk mengecat di bahagian hujung dinding di antara dinding dan lantai, siling dan di kawasan yang anda tidak mahu terkena cat.
  • Pasangkan roller anda
  • Tuangkan sealer ke dalam tray cat.
  • Celupkan roller anda ke dalam tray cat yang dipenuhi sealer. Pastikan roller anda ditutup oleh sealer kemudian nipiskan di bahagian tray cat yang disediakan.
  • Mulakan kerja mengecat sealer anda. Cat satu bahagian ke satu bahagian. Mulakan dari atas ke bawah dalam bentuk V atau W sehingga keseluruhan dinding telah disapu dengan sealer.
  • Sapu sealer di satu bahagian dahulu sehingga habis sebelum menyapu di bahagian yang lain.
  • Biarkan kering selama 2 jam

Tips: Lihat arahan di belakang tong cat tentang berapa lama sealer anda akan kering

5. Mulakan kerja mengecat anda

Penuhkan roller dengan cat kemudian gelek di tray untuk nipiskan

Cat dinding anda satu dinding ke satu dinding apabila anda mengecat ruang anda. Untuk mendapat hasil yang lebih kemas , sapu cat anda secara bertindih (overlap) di antara cat yang basah pada dinding dengan cat yang ada pada roller. Teknik ini adalah teknik mengecat yang terbaik untuk dinding. 

  • Cat dari atas ke bawah, gelekkan roller ke depan dan ke belakang dalam bentuk V dan W sehingga kesuluruhan bahagian sudah disapu cat.
  • Sebelum mencelup semua roller anda untuk mengisi semula cat pada roller, gelekkan roller perlahan-lahan ke kawasan yang telah anda dari atas ke bawah. Gelekan lembut ini meratakan cat dan menutup garisan cat hasil kerja mengecat anda.
  • Biarkan cat kering selama 2 hingga 4 jam untuk pastikan cat betul-betul kering sebelum anda mengecat lapisan kedua.

Tips: Apabila anda membeli cat di kedai atau secara online, warna untuk cat (warna yang sama) akan ada sedikit perbezaan. Untuk memastikan cat anda mempunyai warna yang sekata, apabila anda telah menggunakan setengah daripada tin 5L, campurkan dengan tin cat yang lain (warna yang sama) dan kacau sehingga sebati. Sekiranya anda membuat kerja yang menggunakan banyak cat yang mempunyai warna yang sama, campurkan ke dalam satu bekas yang dan kacau sehingga sebati.

6. Kemas dan bersihkan kawasan mengecat

Mencabut semula tape sebelum cat kering. Sumber gambar: Home Depot

Ikuti langkah-langkah ini untuk mengemas setelah anda selesai mengecat ruang anda:

  • Buang tape sebelum cat kering untuk mengelakkan cat terkoyak. Buang tape ke dalam tong sampah.
  • Tutup rapat tin cat yang telah digunakan (sekiranya ada lebihan) untuk pastikan cat tidak mengeras.
  • Alihkan kain alas dan letakkan semula perabut di tempat asal.
  • Cuci berus, roller dan peralatan mengecat anda sehingga bersih.

Leave a Reply


Warning: foreach() argument must be of type array|object, null given in /home/binapain/public_html/wp-content/plugins/bdthemes-element-pack-lite/traits/global-widget-controls.php on line 7838

Warning: foreach() argument must be of type array|object, null given in /home/binapain/public_html/wp-content/plugins/bdthemes-element-pack-lite/traits/global-widget-controls.php on line 7838

Warning: foreach() argument must be of type array|object, null given in /home/binapain/public_html/wp-content/plugins/bdthemes-element-pack-lite/traits/global-widget-controls.php on line 7838

Warning: foreach() argument must be of type array|object, null given in /home/binapain/public_html/wp-content/plugins/bdthemes-element-pack-lite/traits/global-widget-controls.php on line 7838