Gas Cat VOC : 8 Cara Untuk Menghilangkan Bau Gas Cat VOC

Apa itu bau gas cat VOC? Banyak cara untuk menghilangkan bau gas cat VOC. Tapi, sebelum itu kita kena kenali terlebih dahulu apa itu VOC.

VOC adalah bahan senyawa organik yang mudah meruap. VOC terdapat banyak dalam bahan binaan dan bertanggungjawab ke atas bau cat baru. Malangnya bahan kimia tidak stabil ini mengeluarkan gas yang merbahaya kepada manusia dan alam sekitar yang menjadi sebab kenapa kerajaan mengawalnya sekarang. Apabila VOC dihidu, boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan, termasuklah radang pada saluran pernafasan, sakit kepala, mual dan kerosakan pada hati, ginjal atau sistem saraf pusat. Oleh sebab itu, amatlah digalakkan untuk menggunakan produk yang mengandungi VOC yang minimum.

Cat adalah cara terpantas untuk memperbaharui fizikal dan dinding agar nampak seperti baru. Malangnya gas yang berlarutan yang dikeluarkan memberi kesan hasil cat. Mustahil untuk membuka pintu dan tingkap untuk keluarkan gas sepanjang masa. Jadi disini terdapat 8 produk yang dapat membantu anda dalam proses untuk menghilangkan bau gas cat VOC.

Tips untuk kurangkan bau gas cat dari awal :

  1. Pilih cat yang VOC rendah atau sifar. Untuk cat atau primer yang berasaskan minyak, pilih produk yang mempunyai label ‘bau rendah’. Terdapat juga cat yang diperbuat daripada tanaman, susu, mineral dan tanah liat yang kurang toksik kepada alam sekitar.
  2. Sebelum mengecat, periksa cuaca terlebih dahulu. Elakkan mengecat pada hari yang lembab kerana ia akan melambatkan proses pengeringan cat dan proses ini mengeluarkan bau yang kuat. Jika cat lambat kering, bahan lembut seperti karpet, sofa akan menyerap bau ini.
  3. Biarkan setiap lapisan kering sepenuhnya sebelum membuat lapisan cat yang seterusnya. Dinding yang lembab akan memerangkap gas/asap dan perlahan-lahan akan mengeluarkan gas toksik untuk jangka masa yang lebih panjang.
  4. Semasa mengecat, simpan penutup tin cat, tutup tray cat dan berus dengan plastik apabila tidak digunakan. Semasa menegecat pastikan pintu dan tingkap terbuka agar gas tidak terperap di dalam satu ruangan, tapi pastikan pintu-pintu lain seperti pintu bilik ditutup agar gas tidak merebak ke seluruh rumah. Guna kaedah yang sama semasa melucutkan cat untuk projek lain.

8 Cara Untuk Menghilangkan Bau Gas Cat VOC Secara Semulajadi

Peralatan yang ada di rumah boleh digunakan untuk menyerap gas cat secara semula jadi. Jangan tunggu sehingga projek selesai kerana anda mungkin menangkap gas dari setiap proses. Ini adalah cara yang boleh anda lakukan untuk menghilangkan bau gas cat VOC.

1. Serbuk Penaik (Baking Soda)

Serbuka penaik menyerap bau dalam peti sejuk dan bau cucian, begitu juga dengan gas cat. Tuang serbuk ke dalam mangkuk dengan sedikit air dan letak campuran ini di keliling ruangan mengecat. Setelah selesai mengecat, buang campuran tadi ke tempat yang betul.

2. Bawang

Potong bawang sekurang-kurangnya dua biji bawang dan letakkan di dalam piring di sekitar ruangan. Selepas selesai, buang bawang tersebut.

3. Arang

Arang yang telah dinyahaktifkan merupakan penyerap bau yang sangat baik. Pastikan anda membeli arang dalam kuantiti yang sedikit atau dalam bentuk yang sudah dihancurkan, kemudian letak di dalam mangkuk di sekitar bilik .

4. Air Lemon

Air mampu menyerap VOC dengan sendirinya, tetapi dengan tambahan beberapa kepingan lemon segar ia akan mengeluarkan aroma sitrus yang menyegarkan. Air memerlukan sedikit masa untuk menyerap bau, jadi tinggalkan semangkuk air lemon di dalam ruangan untuk semalaman.

5. Cuka

Mangkuk kecil cuka epal atau cuka putih akan menyerap gas tanpa menambah toksik ke ruang udara. Letakkan mangkuk kecil di setiap sudut bilik.

6. Serbuk Kopi

Semangkuk kopi kering bukan sahaja menyerap gas cat, tapi juga akan membuatkan anda lebih fokus dalam menyelesaikan projek anda. Pastikan anda membuangnya ke tempat yang betul selepas selesai.

7. Ekstrak Semulajadi

Dua ekstrak yang bagus dalam menghilangkan bau cat dan menyegarkan udara di bilik anda adalah vanilla dan pudina. Letakkan beberapa titis ekstrak pada bebola kapas, dan letakkan ia di dalam mangkuk kecil agar merebak ke seluruh ruangan. Beberapa pakar mengecat bersumpah bahawa dengan menambahkan satu atau dua titits tin cat sebelum mula mengecat dapat mengurangkan baunya.

8. Lilin

Api pada lilin akan membakar VOC yang terdapat dalam udara tetapi berhati-hati dalam pemilihan lilin . Lilin yang berasaskan parafin akan mengeluarkan toksik yang lebih banyak ke udara. Pilih lilin yang berasaskan soya atau lilin lebah (beeswax)

Leave a Reply