Apakah Perbezaan Sealer, Primer & Undercoat?

Ramai orang yang masih keliru dengan perbezaan sealer, primer dan undercoat.

Secara amnya, kesemua istilah di atas adalah cat yang digunakan sebagai penyediaan permukaan sebelum anda mengecat kemasan akhir untuk memastikan kemasan akhir anda licin dan tahan lama

Mari kami terangkan apa yang dimaksudkan dengan primer, sealer dan undercoat.

Primer

Primer adalah lapisan yang disapu di atas permukaan yang ingin disapu seperti konkrit, besi dan kayu.

Tujuan primer disapu adalah untuk:

✅ Mengelakkan karat daripada berlaku

✅ Menutup kekotoran yang ada pada dinding
✅ Melicinkan permukaan dinding
✅ Menjadi lapisan penghalang daripada air yang berada pada permukaan dinding/ tempat yang ingin disapu

Sealer

Sealer adalah sama sahaja fungsinya dengan primer. Ia boleh menggantikan primer dan biasanya disapu di atas permukaan konkrit. Ini adalah cat yang biasa ada di pasaran untuk kerja-kerja mengecat permukaan baharu atau kerja-kerja mengecat semula permukaan lama.

Fungsinya adalah:

✅ Mengisi lubang-lubang kecil yang ada pada dinding untuk menjadikan permukaan lebih licin.
✅ Menjadi lapisan yang menghalang air daripada permukaan dinding yang boleh merosakkan cat.
✅ Menjadi lapisan alkali yang menyahasidkan permukaan konkrit yang berasid.
✅ Meningkatkan tahap lekatan cat agar tidak mudah lekang dan terkopek.

Undercoat

Lapisan undercoat adalah lapisan yang disapu selepas primer/sealer.

Boleh juga disapu untuk kerja-kerja mengecat semula dinding lama. Tetapi sebelum itu, pastikan anda membuat kaedah penyediaan permukaan terlebih dahulu.

Ia berfungsi untuk:
✅ Menutup kecacatan yang masih terdapat pada dinding selepas menyapu sealer.
✅ Boleh menjadi lapisan pertama untuk menukar daripada warna gelap ke warna cerah.

Leave a Reply